AMSYAR ENTERPRISE

Bina Rumah AtasTanah Sendiridi Sarawak.

Amsyar Enterprise, kontraktor Bumiputera di Kota Samarahan yang bantu anda bina rumah atas tanah sendiri. Dari asas tapak sehingga penyerahan kunci, kami uruskan semuanya.

100+
Projek Siap
2017
Beroperasi Sejak
100%
Milik Bumiputera
6
Perkhidmatan Utama

Apa Yang Kami Tawarkan

Dari pembinaan rumah atas tanah sendiri hingga sokongan jentera dan operasi tapak. Semua yang anda perlukan untuk merealisasikan rumah impian anda di Sarawak.

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Perkhidmatan utama kami: bina rumah atas tanah sendiri daripada asas, struktur, bumbung, dinding, kemasan hingga penyerahan kunci. Ikut bajet anda, bukan loan.

Sewaan Excavator

Jentera berat untuk kerja tanah, pembersihan kawasan, parit dan persediaan tapak. Penting sebelum mula bina rumah atas tanah sendiri.

Sewaan Lori

Pengangkutan bahan binaan, tanah, batu, pasir dan keperluan logistik projek. Kami pastikan bekalan sampai ke tapak tepat pada masanya.

Bahan Binaan

Pembekalan bahan binaan berkualiti melalui rangkaian hardware. Simen, batu bata, atap, besi dan segala keperluan untuk bina rumah anda.

Site Clearing

Pembersihan tapak sebelum pembinaan bermula. Termasuk kawasan semak, pokok dan sisa kerja awal. Tapak bersih, pembinaan lancar.

Konsultasi Projek

Perbincangan awal tentang bajet, skop kerja, lokasi, design rumah dan fasa pembinaan. Dapatkan gambaran jelas sebelum mula bina rumah atas tanah sendiri.

Kenapa Pilih Kami Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri?

Bukan semua kontraktor sama. Ini yang membezakan Amsyar Enterprise daripada yang lain di Sarawak.

100% Bumiputera

Syarikat milik penuh Bumiputera Sarawak. Anda menyokong ekonomi tempatan sambil membina rumah impian.

Berdaftar SSM Sejak 2017

No. Pendaftaran SAM/009/17. Hampir sedekad pengalaman dalam pembinaan dan operasi tapak di Sarawak.

Bayaran 4 Fasa, Bukan Loan

Anda bayar ikut progress pembinaan: 30% + 35% + 30% + 5%. Tiada ansuran bulanan, tiada riba, tiada hutang bank.

Update Progress WhatsApp

Anda dimasukkan ke group WhatsApp khas. Bos, ketua tukang, supervisor dan admin semuanya dalam group. Setiap progress di-update, anda sentiasa tahu.

Portfolio Projek Sebenar

Kami tunjuk bukti, bukan janji. Lihat sendiri rumah yang telah kami siapkan dan penyerahan kunci kepada pelanggan.

Konsultasi & Sebut Harga Percuma

Datang ke pejabat kami di Kota Samarahan untuk bincang projek anda. Tanpa ikatan, tanpa tekanan. Kami bantu anda faham kos sebenar.

Projek Pilihan

Lihat Semua →
Rumah Kediaman Dua Tingkat
Rumah Kediaman Satu Tingkat
Rumah Keluarga Pelanggan
Rumah Kediaman Moden
Penyerahan Kunci Rumah 01
Penyerahan Kunci Rumah 02

Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Nak bina rumah atas tanah sendiri di Sarawak? Ikut 5 langkah mudah ini bersama Amsyar. Dari semakan tanah sehingga rumah siap.

Langkah 01

Perlu Ada Tanah

Anda perlu ada tanah sendiri untuk bina rumah. Status tanah boleh dengan geran atau tanpa geran: tanah NCR boleh, tanah pusaka mak ayah boleh, tanah sign penghulu pun boleh.

Tanah mesti sudah di-clear, ditembok & ada jalan masuk. Kalau belum ada jalan, boleh order batu 3 inci untuk buat jalan.
Langkah 02

Perlu Sediakan Bajet Sendiri

Amsyar bina rumah mengikut bajet yang anda sediakan. Bayaran secara tunai, bukan loan, tiada ansuran. Kami bantu jadikan rumah impian anda satu kenyataan.

Bayar 4 fasa sahaja mengikut progress sehingga siap. Lihat cara bayaran →
Langkah 03

Perlu Sediakan Design & Plan Lantai

Anda boleh sediakan design sendiri atau pilih design yang telah Amsyar sediakan. Cari idea design cantik di TikTok atau Facebook pun boleh.

Tak ada design? Lakaran atas kertas A4 pun kami boleh terima.
Langkah 04

Perlu Datang ke Pejabat Amsyar

Book appointment dahulu sebelum datang. Sila hadir on-time supaya tidak mengganggu slot pelanggan seterusnya, sehari kami terima 3-4 pelanggan sahaja. Kalau setuju, terus sign agreement di pejabat.

Pelanggan wajib bawa seorang saksi semasa datang.
Langkah 05

Wujudnya Group WhatsApp

Selepas sign agreement, anda akan dimasukkan ke dalam satu group WhatsApp. Segala progress pembinaan akan di-update dalam group ini supaya anda sentiasa tahu perkembangan rumah anda.

Ahli group: bos Amsyar, ketua tukang, supervisor site & admin (Kaklong, Liyana, Umi & Fazira).

Bayaran 4 Fasa

Amsyar guna bajet yang anda sediakan untuk bina rumah atas tanah sendiri. Tiada ansuran, bukan loan. Anda bayar secara tunai sebanyak 4 fasa sahaja, mengikut progress pembinaan sehingga rumah siap.

130%

Bayaran Pertama

30% daripada harga rumah. Dibayar semasa tukang mula hadir di tapak binaan.

235%

Bayaran Kedua

35% daripada harga rumah. Dibayar apabila lantai rumah telah siap.

330%

Bayaran Ketiga

30% daripada harga rumah. Dibayar apabila dinding dan atap rumah telah siap dibuat.

45%

Bayaran Terakhir

5% daripada harga rumah. Dibayar apabila rumah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada anda.

Jumlah keseluruhan: 30% + 35% + 30% + 5% = 100% harga rumah.

Tanah Anda Layak Untuk Bina Rumah?

Tak pasti sama ada tanah anda boleh dibina? Ini panduan ringkas. Kebanyakan jenis tanah di Sarawak layak untuk bina rumah atas tanah sendiri bersama Amsyar.

Tanah Geran Persendirian

Tanah dengan geran atas nama anda. Jenis paling straightforward. Proses kelulusan lebih pantas dan dokumentasi lebih ringkas.

Tanah NCR (Native Customary Rights)

Tanah adat Bumiputera. Layak dibina. Ramai pelanggan kami di Sarawak bina rumah atas tanah NCR. Kami biasa dengan prosesnya.

Tanah Pusaka (Mak/Ayah)

Tanah warisan keluarga. Layak dibina. Kami bantu uruskan dokumentasi yang diperlukan sebelum pembinaan bermula.

Tanah Kampung / Sign Penghulu

Tanah yang diiktiraf ketua kampung atau penghulu. Layak dibina. Kami terima dan biasa uruskan kes sebegini di kawasan luar bandar Sarawak.

Syarat Minimum Tapak

Tanah mesti sudah di-clear, ditembok dan ada jalan masuk. Kalau belum ada jalan, kami boleh bantu. Order batu 3 inci untuk buat jalan dulu. Hubungi kami untuk semakan tapak percuma.

Apa Kata Pelanggan Yang Dah Bina Rumah Dengan Kami

  • “Alhamdulillah, proses bina rumah atas tanah sendiri dengan Amsyar sangat tersusun. Dari mula sign agreement sehingga penyerahan kunci, semuanya jelas dan mengikut jadual.”
    P
    Pelanggan Rumah Kediaman
    Bina Rumah Atas Tanah Sendiri • Kota Samarahan
  • “Kami bina rumah atas tanah pusaka arwah ayah. Amsyar faham keperluan kami dan bantu uruskan semuanya. Dari design ringkas sehingga rumah siap, kerja kemas dan menepati bajet.”
    P
    Pelanggan Rumah Keluarga
    Bina Rumah Atas Tanah Sendiri • Kuching
  • “Dokumentasi dan penerangan awal sangat membantu. Kami tak pernah bina rumah sebelum ni, tapi Amsyar guide setiap langkah dengan sabar. Bayaran 4 fasa ikut progress pun senang nak urus.”
    P
    Pelanggan Perjanjian Projek
    Bina Rumah Atas Tanah Sendiri • Kota Samarahan
  • “Kerja pembersihan dan persediaan tapak diselaraskan dengan baik. Projek bina rumah atas tanah sendiri kami bermula dengan lebih tersusun dari fasa awal.”
    P
    Pelanggan Kerja Tapak
    Sewaan Jentera & Site Clearing • Serian
  • “Setiap fasa kerja diterangkan dengan jelas dalam group WhatsApp. Kami sentiasa tahu progress rumah walaupun tak dapat turun ke tapak setiap hari. Puas hati!”
    P
    Pelanggan Rumah Kediaman
    Bina Rumah Atas Tanah Sendiri • Kuching

Bersedia Bina Rumah
Atas Tanah Sendiri?

Dapatkan konsultasi dan sebut harga percuma untuk projek bina rumah atas tanah sendiri anda. Tanpa ikatan, tanpa tekanan. Kami bantu dari mula hingga siap.

Liputan Kami di Sarawak

Berpangkalan di Kota Samarahan, kami bina rumah atas tanah sendiri di seluruh Sarawak. Dari Kuching, Serian, sehingga kawasan sekitar.

Kota Samarahan

Ibu Pejabat

Kuching

Kawasan Liputan

Serian

Kawasan Liputan

Seluruh Sarawak

Hala Tuju Borneo