AMSYAR ENTERPRISE

Soalan
Lazim

Semua yang anda perlu tahu sebelum bina rumah atas tanah sendiri. Dari syarat tanah, kos, proses pembinaan, bayaran, sehingga penyerahan kunci.

Bina rumah atas tanah sendiri bermaksud anda sudah memiliki tanah. Sama ada geran persendirian, tanah NCR, tanah pusaka atau tanah kampung, anda mahu membina rumah kediaman di atas tanah tersebut. Amsyar Enterprise akan uruskan keseluruhan proses pembinaan mengikut bajet yang anda sediakan, secara tunai, tanpa loan.
Kami menyediakan perkhidmatan lengkap untuk bina rumah atas tanah sendiri: pembinaan rumah, sewaan excavator, sewaan lori, pembekalan bahan binaan, site clearing dan konsultasi projek. Bermula sebagai perkhidmatan sewaan jentera pada 2017, Amsyar kini fokus membantu pelanggan merealisasikan rumah impian di atas tanah sendiri.
Kos bergantung pada saiz, reka bentuk, bahan dan lokasi tapak anda. Kami tidak menetapkan harga tetap kerana setiap projek berbeza. Sebaliknya kami tawarkan konsultasi dan sebut harga percuma supaya anda dapat gambaran kos yang jelas mengikut bajet yang anda sediakan.
Proses kami mudah: (1) Anda ada tanah, (2) Sediakan bajet sendiri, (3) Sediakan design atau pilih dari kami, (4) Datang ke pejabat kami di Kota Samarahan untuk bincang dan sign agreement, (5) Kami mulakan pembinaan dan update progress melalui group WhatsApp. Lihat cara bayaran 4 fasa untuk maklumat lanjut.
Ibu pejabat kami di Kota Samarahan dan kami bina rumah atas tanah sendiri di sekitar Sarawak termasuk Kuching, Serian, Asajaya dan kawasan sekitarnya. Hubungi kami untuk pengesahan kawasan anda. Hala tuju kami adalah berkembang secara berperingkat di seluruh Borneo.
Ya. Amsyar Enterprise ialah perniagaan berdaftar (No. SAM/009/17) yang ditubuhkan pada tahun 2017 di Kota Samarahan, Sarawak dan merupakan syarikat 100% Bumiputera. Dokumen rasmi tambahan boleh dikongsi selepas pengesahan syarikat.
Kami membina kepercayaan melalui bukti kerja sebenar. Portfolio projek rumah siap, rekod penyerahan kunci dan dokumentasi pelanggan menjadi asas kredibiliti kami. Anda boleh lihat sendiri hasil bina rumah atas tanah sendiri yang telah kami siapkan.
Boleh, dalam had yang munasabah. Sebarang perubahan skop akan dibincangkan bersama anda dari segi kesan pada kos dan jadual sebelum kerja diteruskan. Setiap keputusan jelas dan telus sepanjang proses bina rumah atas tanah sendiri anda.

Masih Ada Soalan?

Kami sedia membantu. Hubungi kami bila-bila masa.

Hubungi Kami